Kekal Kuat, Kekal Sihat – Cal Mag D Plus

Kekal Kuat, Kekal Sihat – Cal Mag D Plus

Kalsium Membina Tulang yang Kuat

Kalsium Membina Tulang yang KuatSumber kalsium yang diketahui ramai dalam setiap diet adalah tenusu. Susu, keju, yogurt dan produk lain akan sering mendakwa mengandungi banyak kalsium pada labelnya untuk menarik pembeli. Walau bagaimanapun, kajian tempatan menunjukkan bahawa, secara purata, lebih daripada 80% rakyat Malaysia dilaporkan tak toleran laktosa.

Syukurlah, kalsium didapati mempunyai banyak sumber bukan tenusu Salah satu contoh ialah rumpai laut terkalsifikasi. Sebagai satu daripada sumber botani kalsium yang paling pekat, rumput laut terkalsifikasi memberikan nutrien yang disumberkan secara mampan lagi semula jadi. Ia adalah salah satu bahan di dalam Nutrilite Cal Mag D Plus yang boleh membantu anda membina tulang yang kuat.


Vitamin D Membantu dalam Penyerapan Kalsium

Vitamin D Membantu dalam Penyerapan KalsiumTulang kita mempunyai pembantu tersembunyi dalam bentuk vitamin D, sekumpulan asid larut lemak yang membantu dalam penyerapan kalsium dalam tubuh dari usus ke aliran darah. Walaupun ia boleh dijumpai dalam sumber-sumber seperti ikan berlemak, sumber utamanya adalah melalui sintesis kulit di mana kolesterol berhampiran permukaan diuraikan, lalu menghasilkan vitamin D.

Memandangkan persekitaran di Malaysia yang beriklim sederhana tidak menggalakkan aktiviti luar dan kini dilanda jerebu, ditambah pula dengan hobi zaman moden yang membuatkan kita terpaku pada skrin di rumah, jadi tidak hairanlah jika kekurangan vitamin D adalah lumrah di negara kita. Penyelesaiannya biasanya mudah, luangkan masa untuk mendapatkan sinar matahari dan bersenam. Tetapi, berapa ramaikah daripada kita mempunyai masa untuk melakukannya? Jadi, mengapa tidak memilih suplemen yang lengkap dengan vitamin D?


Magnesium Mengawal Penyerapan Kalsium

Magnesium Mengawal Penyerapan KalsiumMagnesium diperlukan untuk lebih daripada 300 tindak balas biokimia di dalam tubuh. Ia memainkan peranan penting iaitu mengawal tahap kalsium dan diperlukan untuk memastikan tulang sentiasa kuat. Ia juga membantu secara langsung dalam penyerapan kalsium melalui aliran darah dan yang paling penting dikenali sebagai agen pengenduran yang diperlukan oleh otot kita. Kumpulan otot yang tegang memberikan tekanan yang berterusan ke atas tulang, yang mana tidak membantu memanjangkan hayatnya.


Tempoh Membina Kekuatan Tulan

Tempoh Membina Kekuatan TulanDari usia 18 hingga 35 tahun, anda mempunyai peluang keemasan: untuk membina kepadatan tulang sebanyak mungkin. Sepanjang 15 tahun yang kritikal ini, anda boleh membina kekuatan tulang yang akan berkhidmat kepada anda sepanjang hayat. Bagaimana? Dengan mengambil sumber kalsium yang berkualiti setiap hari. Sumber kalsium anda juga haruslah termasuk magnesium dan dos vitamin D yang sihat.

Dengan mendapat banyak kalsium, magnesium dan vitamin D dalam usia 20-an dan 30-an, anda melabur dalam kekuatan dalaman dan kecantikan luaran untuk tahun-tahun yang mendatang. Saintis Nutrilite mungkin tidak dapat menjanjikan apa-apa tentang kecantikan luaran anda, sebaliknya mereka telah membangunkan satu ara untuk membantu anda membina tulang yang kuat sebelum umur 35 - jawapannya? Nutrilite Cal Mag D Plus!