Mengapa, Bila dan Bagaimana Hendak Mengambil Suplemen Anda

Mengapa, Bila dan Bagaimana Hendak Mengambil Suplemen Anda

Mahu memanfaatkan sepenuhnya suplemen anda? Ikuti labelnya.

Semudah itu, kata saintis pemakanan Kristin Morris. “Ada sains di sebalik arahan penggunaan. Jika label menyatakan ambil satu suplemen, tiga kali sehari, yakininya. Pematuhan membantu tubuh anda menyerap sebanyak-banyak nutrien yang ia mampu.”

“Membahagikan dos dapat memastikan penyerapan maksimum,” jelas  Morris, saintis kanan di Amway. Rahsia pematuhan ialah dua perkara: kekonsistenan dan keselesaan. “Rutin adalah kritikal,” tambah Morris lagi. Petua beliau:

  1. Simpan suplemen di tempat yang ketara, sama seperti preskripsi harian dan pastikan suplemen itu disimpan jauh daripada kanak-kanak.
  2. Kecuali label melarang, ambil semuanya bersama-sama. “Jika menunggu kemudian nanti, anda mungkin terlupa. Suplemen memang tidak berguna jika cuma berada di dalam botol.”
  3. Rutin memacu hasil yang konsisten juga. “Suplemen tidak kekal lama di dalam tubuh. Oleh itu, ia mesti diambil secara konsisten bagi mengekalkan nutrien dalam keadaan seimbang.”
  4. Untuk meningkatkan keselesaan, simpan satu catatan, terutamanya apabila memulakan suplemen baru. “Jika sesuatu menyebabkan perut anda sakit, pertimbangkan bagaimana anda mengambilnya – dalam keadaan perut kosong? Dengan makanan? Dengan ubat-ubatan? Bincangkan dengan doktor jika anda mempunyai soalan.”
  5. Walaupun makanan boleh membantu mengelakkan sakit perut, keberkesanan (dan keselamatan) bergantung pada pematuhan arahan. “Dalam beberapa kes, contoh zat besi, asid perut sebenarnya menggalakkan penyerapan. Dan suplemen fungsian seperti Nutrilite CB Plus mesti diambil seperti diarahkan atau anda kehilangan keaktifannya yang diingini.”

Ingin tahu suplemen mana hendak diambil? Morris mengesyorkan agar merujuk Saranan Suplemen Nutrilite (akan datang) dan minta nasihat doktor anda. “Genetik, diet, berat badan dan gaya hidup adalah berbeza-beza. Menerusi satu siri soalan mudah, alat itu dapat mengenal pasti dan mensasarkan jurang nutrisi supaya anda boleh memilih suplemen yang terbaik.”