Mencapai Kesihatan Optimum, Secara Semula Jadi

Mencapai Kesihatan Optimum, Secara Semula Jadi

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mentakrifkan kesihatan sebagai suatu keadaan kesejahteraan yang lengkap, bukan sekadar tiada penyakit dan kelemahan.*  

Kesihatan optimum bukan sekadar cergas dari segi fizikal tetapi juga melibatkan mental dan kesejahteraan sosial kita. Oleh itu, bagaimanakah cara kita boleh mencapai dan mengekalkan kesihatan optimum, secara semula jadi?

Empat Tonggak Kesihatan Optimum Menurut Nutrilite

Gaya Hidup

Keputusan gaya hidup kita mempunyai impak mendalam ke atas kehidupan kita dan memberi kesan ke atas kesihatan optimum kita. Berusaha dengan sengaja untuk memilih cara hidup sesihat yang kita boleh – itu adalah langkah pertama untuk mencapai kesejahteraan keseluruhan.  

Tubuh

Kita semua perlukan senaman yang kerap dan sederhana demi mengekalkan jantung yang kuat, memejalkan otot dan mengurangkan kesan tekanan. Menjadikan senaman dan aktiviti fizikal sebahagian daripada kehidupan harian kita akan membantu kita mengekalkan kesihatan yang baik.  

Minda

Sikap mental yang positif akan mengurangkan tekanan dan membantu kita mengatasi tekanan kehidupan harian. Bersikap optimis, menjalani kehidupan yang seimbang dan mententeramkan tubuh serta minda menerusi kaedah santaian akan membantu anda kekal positif dan sihat.  

Pemakanan & Suplemen

Malah diet terbaik sekalipun mungkin gagal memberikan  jumlah vitamin dan mineral harian yang disyorkan. Kerana itu pengambilan suplemen barangkali adalah cara terbaik untuk mengisi jurang di antara makanan yang anda makan dan  nutrien yang tubuh anda perlukan.  

“Sesetengah orang bercakap seolah-olah begitu mudah untuk kekal sihat. Apa yang anda perlukan lakukan ialah makan tiga sajian seimbang setiap hari, bersenam selalu, kurangkan tekanan dan tidur dengan nyenyak. Kedengaran mudah tetapi sangat sukar dicapai! Lalu apakah penyelesaiannya? Nutrilite seharusnya menjadi sebahagian daripada pelan anda. Kami mensasarkan untuk membantu orang di seluruh dunia mencapai kesihatan optimum. Setiap hari, kami mahu menjadi sebahagian daripada masa hadapan anda.”  

Dr Sam Rehnborg Presiden, Institut Kesihatan Nutrilite 

*Preamble to the Constitution of the World Health Organization as adopted by the International Health Conference, New York, 1946.