Menjadikan serbuk protein enak dan berkhasiat

Menjadikan serbuk protein enak dan berkhasiat

Protein itu memang benar-benar protein? Tidak menurut Saintis Makmal Makanan Amway Gene Maly dan Troy Nietling.

Pakar di sebalik Nutrilite Soy Protein Drink (dulu dikenali sebagai All Plant Protein Powder), mereka telah menguasai sains formulasi makronutrien berasaskan tumbuhan. “Kami mengkaji protein, lemak dan karbohidrat – 99% daripada diet purata,” kata Maly. “Kami terus menyelidik protein dan teknologi baru untuk mencari sumber penghantaran alternatif yang melangkaui serbuk.”

Namun begitu, bukan semua protein diciptakan sama. Protein mudah cerna mempunyai Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS) 1. Sedikit sangat protein tumbuhan yang mempunyai skor PDCAAS 1, iaitu standard protein Pertubuhan Kesihatan Sedunia, tambah Maly lagi. “Protein mestilah mudah dicerna bagi kegunaan yang efisien oleh tubuh dan kebanyakan protein tumbuhan tidak seperti itu. Standard Nutrilite menuntut bahawa semua All Plant Protein Powder mempunyai skor PDCAAS 1. Kami memberi berdasarkan standard ini dengan menawarkan formula soya, gandum dan kacang pis yang seimbang.”

Malah, protein yang digunakan di dalam produk Nutrilite mesti melalui standard yang ketat untuk:

Kualiti: Protein dengan jumlah 9 asid amino perlu yang tinggi.

Kecernaan: Protein yang mudah terurai dalam tubuh dan masuk ke dalam aliran darah.

Kestabilan: Ketika suplemen diuji untuk kestabilan komponen analitikal, produk makanan pula mempunyai ujian tambahan untuk komponen deria.

Pengalaman deria: Suplemen ditelan dengan cepat tetapi produk makanan masih terasa di dalam mulut dan mestilah rasa, bau dan terasa menyenangkan.