Mengapa Nutrilite?

Mengapa Suplemen?

Mengapa Suplemen?

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesyorkan minimum 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran sehari. Walau bagaimanapun, 60-87% lelaki dan wanita di peringkat global tidak makan jumlah yang diperlukan. Secara purata, hanya 3 daripada 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran yang disyorkan dimakan setiap hari. Memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam pelbagai jenis dan warna yang betul setiap hari mungkin sukar. Suplemen boleh membantu mengisi jurang nutrisi dalam diet

Sumber Alam semula jadi

Sumber Alam semula jadi

Nutrilite ialah jenama  suplemen vitamin, mineral dan diet yang membekalkan rangkaian suplemen yang lengkap untuk pelbagai keperluan termasuk nutrisi am, kesihatan jantung, pengurusan berat badan dan nutrisi kanak-kanak. 

Nutrilite memperoleh pekatan tumbuhan semula jadi lagi organik, kebanyakannya ditanam di ladang-ladang kami sendiri, juga vitamin dan mineral yang sangat tulen dari seluruh dunia bagi memenuhi standard kualiti kami yang jitu. Semua bahan yang digunakan di dalam produk Nutrilite telah diselidik secara meluas, diuji dan dirumus untuk memberikan produk yang memenuhi keperluan nutrisi dalam menuju ke arah kesihatan optimum.

Kecemerlangan Saintifik

Kecemerlangan Saintifik

Penyelidikan Nutrilite bermula di ladang-ladang kami. Saintis pertanian kami berusaha untuk mengoptimumkan nutrien yang dikumpul dari tumbuhan yang paling berkuasa yang ditawarkan oleh alam – kemudian mendapatkan nutrien-nutrien bernilai ini dengan menyahhidrat dan memproses tumbuhan dalam tempoh beberapa jam selepas dipetik. 

Saintis Nutrilite menggunakan kaedah dan teknologi terkini untuk mengekstrak kebaikan maksimum daripada tanaman. Kami menganalisis nilai nutrisi tumbuhan tertentu, menguji pekatan tumbuhan untuk kandungan nutriennya dan menilai bahan-bahan mentah berpotensi yang baru untuk produk kami.

Klik untuk Tonton