Tulen, Selamat & Berkesan – Ini Janji Nutrilite

Tulen, Selamat & Berkesan – Ini Janji Nutrilite

Setiap tahun pada 7 Jun, kita meraikan Hari Keselamatan Makanan Sedunia - hari yang didedikasikan untuk menarik perhatian dan menginspirasikan tindakan untuk membantu mengesan, mencegah dan melindungi risiko akibat makanan. Pada hari ini, dengan pandemik Covid-19 yang berterusan, adalah penting untuk memastikan makanan yang kita bekalkan kepada tubuh adalah menguatkan keimunan dan bukan membahayakan kita.

Walau bagaimanapun, ramai dalam kalangan kita berpendapat bahawa keselamatan makanan bukan sesuatu yang kita kerap fikirkan apabila kita mengambil sajian, suplemen dan minuman. Kita bergantung pada pengilang, penyedia makanan dan malah kerajaan bagi menguatkuasakan amalan baik agar makanan kekal selamat. Dengan Nutrilite, anda tidak perlu bimbang tentang keselamatan rangkaian produk kami.

Tulen, Selamat dan Berkesan – Tiga Asas Kebolehjejakan Nutrilite

Kebolehjejakan adalah suatu perkara yang kami sangat bersemangat apabila membincangkan suplemen kami. Itulah sebabnya kami akan memastikan produk Nutrilite dijejaki dan kualitinya diperiksa dari saat ia ditanam di ladang organik kami hinggalah ke saat ia dipek menjadi suplemen – itulah maksud kebolehjejakan biji benih hingga suplemen bagi kami.

Proses kebolehjejakan kami didukung oleh tiga asas: Ketulenan, Keselamatan dan Keberkesanan.

Yang pertama, Nutrilite berusaha untuk memastikan pelanggan kami menerima supleman paling berkesan yang mungkin. Setiap bahan kandungan bukan sahaja distandardkan untuk mengandungi % nutrien penting yang tertentu, tetapi kami juga melakukan cap jari fitokimia bagi bahan kandungan botani. Selain itu, ujian kekonsistenan dan kestabilan suplemen dilakukan terhadap setiap produk bagi menjamin keberkesanan suplemen hingga tarikh luput yang dinyatakan pada botol tersebut.

Seterusnya, tidak kira di mana bahan kandungan kami ditanam sama ada ia ditanam di ladang organik kami yang seluas 6,000 ekar atau di ladang-ladang rakan kongsi yang diperakui oleh NutriCert kerana kami menjejaki setiap langkah proses tersebut dari penanaman biji benih hingga ke waktu ia dipetik dengan tangan bagi memastikan ketulenan bahan kandungan tidak boleh dikompromi.

Ketelitian terhadap perincian diteruskan di kilang-kilang kami. Kilang-kilang Nutrilite mengendalikan 500,000 pemeriksaan kualiti setiap tahun dan setiap produk dianalisis sekurang-kurangnya 200 kali oleh saintis kami yang disahkan oleh pihak lembaga, jadi anda boleh yakin bahawa suplemen kami adalah selamat.

Kami Amat Teliti Tentang Suplemen Kami

Sesungguhnya, kami sangat menumpukan perhatian pada setiap perincian dari penanaman biji benih hingga ke burung helang yang menjaga tanaman kami daripada dimakan oleh burung, Malah, kami memiliki proses kebolehjejakan 9 langkah untuk membekalkan suplemen yang tulen, selamat dan berkesan kepada anda.

  • Langkah 1: Khazanah kami yang memiliki 1,300 tumbuhan botani bercap jari nutrien membantu kami memilih bahan kandungan dan formulasi yang terbaik.
  • Langkah 2: Biji benih yang kami tanam telah diuji dari segi sifat jadi organik, ketulenan dan kadar percambahan
  • Langkah 3: Kebolehjejakan benih hingga suplemen bermula di ladang-ladang organik kami yang seluas 6000 ekar
  • Langkah 4: Setiap botani mempunyai sijil lahir dan adalah 99% tanpa racun rumpai dan racun perosak
  • Langkah 5: Tanaman yang dituai akan dipindahkan dengan segera bagi mengekalkan integriti nutriennya
  • Langkah 6: Fitonutrien diekstrak dengan teliti untuk memberi tahap nutrien yang optimum kepada anda
  • Langkah 7: Suplemen dikilang di bawah pemerhatian yang teliti dengan melebihi 500,000 pemeriksaan kualiti setahun
  • Langkah 8: Barangan yang dipek telah diuji lebih daripada 30,000 kali setahun bagi memastikan kualiti suplemen tidak terjejas.
  • Langkah 9: Ketelusan kami bermula dan berakhir dengan anda kerana kami percaya bahawa pengguna kami harus mengetahui dari mana asal usul bahan kandungan daripada setiap langkah pemerosesannya.

Tonton video di sini

Pilihan Bijak Bermula dengan Nutrilite

Dengan rangkaian produk suplemen dan kesihatan kami, anda boleh yakin dengan Nutrilite apabila anda mencari ketulenan, keselamatan dan keberkesanan. Proses kebolehjejakan kami yang telus memastikan anda boleh melihat dari mana asal usul bahan-bahan kandungannya dan berasa terjamin dalam membuat pilihan bijak untuk keluarga anda.

Masih ingin tahu? Ketahui lebih lanjut tentang Kebolehjejakan Biji Benih Hingga Suplemen Nutrilite di sini.