Cerdas dan Cergas dengan Minuman Protein Soya Nutrilite!

Cerdas dan Cergas dengan Minuman Protein Soya Nutrilite!

Protein900gApabila kita mendengar tentang orang yang mengambil protein, kita sering mengaitkannya dengan kaki gim yang mahu membesarkan otot mereka tetapi tidak semestinya. Orang di luar sana yang sudah biasa dengan Nutrilite™ tahu bahawa salah satu daripada produk terlaris kami adalah protein soya dan ia diambil oleh berjuta-juta orang di seluruh dunia, baik yang muda mahupun yang tua!

Minuman Protein Soya Nutrilite bukan sahaja bebas laktosa dan rendah lemak, ia juga mesra vegetarian, tidak mempunyai bahan tenusu atau bahan terbitan haiwan dan mempunyai campuran unik gandum, protein kacang soya dan kacang pis yang terbaik. Ia juga mempunyai Skor Asid Amino yang Diperbetulkan dalam Kebolehcernaan Protein (PDCAAS = 1), yang bermaksud ia mempunyai protein yang paling berkualiti dan asid amino yang diperlukan, semuanya adalah untuk membantu anda dan keluarga mencapai kesihatan yang optimum.

Apa yang lebih menarik ialah Nutrilite telah melancarkan saiz besar untuk keluarga iaitu 900g, sesuai untuk individu dan keluarga!

P - Bagus untuk ibu bapa yang sibuk. Hanya bancuh satu untuk diri sendiri dan satu untuk anak anda! Minuman Protein Soya Nutrilite boleh membantu dalam pertumbuhan dan perkembangan anak-anak yang sedang membesar.

R - Disyorkan untuk mereka yang ingin tahu apa sebenarnya yang masuk ke dalam sistem mereka, Minuman Protein Soya Nutrilite tidak mengandungi sebarang perisa tiruan, bahan pengawet atau pewarna dan merupakan sumber protein semula jadi yang hebat.

O - Sering berasa letih dan lesu? Anda mungkin kurang mengambil protein. Tahukah anda bahawa kekurangan protein boleh menyebabkan daya tumpuan anda menurun dan mudah berasa letih?

T - Golongan yang lebih tua cenderung untuk mengelakkan makanan yang kaya protein kerana ia juga tinggi kolesterol. Ini boleh membahayakan kerana protein juga penting untuk kesihatan. Dengan mengambil Minuman Protein Nutrilite, anda tidak perlu risau kerana ia rendah lemak dan bebas kolesterol, cara yang bagus untuk mendapatkan semua kelebihan protein tanpa segala yang tidak baik!

E - Perlu untuk penjanaan semula sel, protein bukan sahaja membantu dalam pertumbuhan tulang dan otot, ia juga membantu dalam perkembangan mental dan dapat membantu menjadikan rambut, kuku dan kulit anda lebih sihat.

I - Penggalak sistem imun! Protein soya diketahui mengandungi antioksidan dan boleh membantu meningkatkan sistem imun anda dan melindungi daripada penyakit berbahaya.

N - Sembilan adalah bilangan asid amino perlu yang terkandung di dalam Minuman Protein Nutrilite. Tubuh anda memerlukan asid amino ini untuk berfungsi kerana ia tidak dapat menghasilkannya secara automatik.