Antioksidan: Apakah Ia dan Mengapa Anda Perlukannya

Antioksidan: Apakah Ia dan Mengapa Anda Perlukannya

Sel-sel tubuh anda sentiasa menerima serangan daripada ancaman-ancaman seperti virus, radiasi UV dan bahan cemar. Satu daripada ancaman terbesar datang daripada bahan kimia yang dipanggil radikal bebas.

Apabila radikal bebas beredar dalam tubuh anda, ia merosakkan struktur sel-sel berdekatan dan malah mengubah bahan genetik dalam sel-sel tersebut. Apabila anda memiliki terlalu banyak radikal bebas ini dalam tubuh anda, ia menyebabkan berlakunya satu keadaan yang dipanggil stres oksidatif dan lama-kelamaan ia boleh membawa kepada penyakit kronik.

Bukankah terdapat cara untuk melindungi tubuh saya daripada radikal bebas yang merosakkan ini?

Jawapannya terdapat dalam bahan-bahan yang dinamakan antioksidan yang bertindak meneutralkan radikal bebas dan menjadikannya kurang berbahaya. Antioksidan ditemui dalam makanan tumbuhan seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan kekacang serta contohnya termasuklah likopena yang ditemui dalam tomato dan antosianin yang ditemui dalam kranberi. Antioksidan ini bertindak sepanjang masa untuk melindungi pelbagai bahagian dalam tubuh anda.

Radikal bebas merosakkan sel-sel imun menjadikannya tidak berdaya menentang penyerang asing secara berkesan. Tambahan pula, ia menghalang sel-sel imun daripada berkomunikasi antara satu sama lain yang mana ia merupakan bahagian penting dalam tindak balas imun.Antioksidan mencegah radikal bebas daripada mengganggu sistem imun anda dan membolehkannya melakukan tugasnya dengan lancar. Dengan kewujudan antioksidan, ia mengurangkan dan melambatkan kerosakan terhadap sel-sel anda – menghasilkan sel-sel yang lebih sihat untuk sistem imun yang sihat!

Kulit adalah bahagian lain di mana radikal bebas boleh terkumpul dan mengakibatkan kacau-bilau. Radikal bebas berpaut pada kolagen anda dan melemahkan keanjalan kulit anda, lalu mempercepatkan proses penuaan. Inilah puncanya jika anda perasan lebih banyak kedutan dan garis-garis muncul di wajah anda. Antioksidan bertindak meneutralkan radikal bebas ini untuk melindungi kulit anda daripada rosak.

Apabila radikal bebas beredar dalam darah anda, ia menggalakkan kolesterol berbahaya melekat pada dinding arteri anda, lama-kelamaan ia akan menyebabkan arteri utama jantung anda tersumbat. Dengan mengambil banyak antioksidan, ia boleh membantu menentang keadaan ini dan mengurangkan risiko penyakit jantung koronari.

Walau bagaimanapun, agak sukar untuk memperolehi banyak antioksidan melalui sumber makanan sahaja dan ia begitu penting untuk tubuh anda. Oleh itu adalah penting untuk mencari sumber-sumber lain yang kaya dengan antioksidan.

Berikut adalah beberapa suplemen yang boleh membantu merangsang pengambilan antioksidan anda:

Nutrilite DOUBLE X Multivitamin/Multimineral/Concentrate

Nutrilite DOUBLE X Multivitamin/Multimineral/ConcentrateNutrilite Double X adalah suplemen semua dalam satu yang mengandungi 12 vitamin, 9 mineral dan 17 pekatan* tumbuhan kaya protein. Fitonutrien, yang diekstrak daripada pelbagai jenis buah-buahan dan sayur-sayuran, adalah antioksidan berkuasa yang melindungi sel-sel daripada kerosakan radikal bebas. Fitonutrien ini juga menggalakkan pembaikan selular dengan merangsang pelepasan enzim-enzim pelindung.

*12 pekatan tumbuhan aktif daripada tablet pekatan tumbuhan + 4 pekatan tumbuhan eksipien daripada tablet multimineral + 1 pekatan tumbuhan aktif daripada tablet multivitamin.

MAL06051375X | MAL06061351X | MAL05121306T

Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and Turmeric

Nutrilite Botanical Beverage Mix Acerola with Licorice and TurmericMinuman yang berperisa sitrus ini mengandungi tiga bahan utama – ceri aserola, likuoris dan kunyit, dan kesemuanya mengandungi antioksidan. Selain melindungi sel-sel anda daripada mengalami kerosakan, tiga bahan tersebut dikenali kerana fungsinya yang antiradang, kesihatan pernafasan yang lebih baik dan membina sistem imun yang kuat.

Nutrilite Bio C Plus All Day Formula

Nutrilite Bio C Plus All Day FormulaSatu lagi suplemen yang mengandungi ceri aserola yang padat dengan antioksidan. Kandungan cerinya dipetik ketika masih hijau kerana inilah masanya ia mengandungi tahap vitamin C yang tinggi. Vitamin C juga membantu pembentukan tulang, gigi dan gusi yang sihat.

MAL12085018N

Nutrilite Mixed Collagen Peptide Drink

Nutrilite Mixed Collagen Peptide DrinkKolagen merupakan satu komponen utama dalam kulit anda dan memberi keanjalan dan penghidratan yang menjadikan kulit kelihatan awet muda dan tegang. Ia juga memainkan peranan penting dalam bahagian tubuh yang lain seperti sendi, otot dan tulang anda. Walaupun penghasilan kolagen secara semula jadi akan berkurangan mengikut peningkatan usia anda, anda masih boleh merangsang tahap kolagen anda dengan Minuman Peptida Kolagen Campuran Nutrilite yang didatangkan dalam paket sedia diguna dan mudah diambil pada bila-bila masa. Ia juga mengandungi ekstrak bunga kekwa semula jadi, yang terkenal kerana mempunyai ciri antioksidan yang tinggi dan seterusnya bertindak melindungi kulit anda daripada kerosakan selular.

Nutrilite Lecithin-E

Nutrilite Lecithin-ENutrilite Lecithin-E didatangkan dalam bentuk tablet boleh dikunyah yang mempunyai perisa madu, molases, karob dan walnut mapel. Bahan kandungan yang utama, Vitamin E, merupakan antioksidan yang melindungi lemak dalam membran sel anda daripada mengalami pengoksidaan. Ia memainkan peranan penting dalam melindungi kulit daripada kerosakan akibat radikal bebas. Ia juga mengandungi lesitin yang memastikan Vitamin E diserap secara berkesan, bersama dengan campuran gliserin, asid lemak, asid fosforik dan kolina yang penting bagi tubuh anda untuk berfungsi pada tahap kemuncaknya.

MAL19910380X