Sentiasa Lapar? Anda Mungkin Memerlukan Suplemen Ini

Sentiasa Lapar? Anda Mungkin Memerlukan Suplemen Ini

Pernah dengar istilah ‘hangry’? Ia bermaksud anda menjadi marah kerana anda lapar.
Memantau apa yang anda makan sepanjang Star Challenge boleh memberi tekanan. Kami mempunyai beberapa produk yang dapat membantu membendung rasa marah dan lapar itu! Sekiranya anda tidak menyertai Star Challenge, mengapa tidak dapatkan suplemen yang menyihatkan ini sebagai pilihan sarapan pagi untuk melengkapkan pelan makan tengah hari anda atau sebagai snek?

Soy Protein DrinkBerikan tubuh anda protein dan asid amino yang diperlukannya untuk perkembangan tubuh yang sihat dengan Minuman Protein Soya Nutrilite! Pilih dari 4 perisa lazat yang bagus untuk tahap tenaga, pertumbuhan otot dan membantu tubuh anda memperbaiki dan mengekalkan. Ia juga sesuai untuk vegetarian dan ia rendah lemak juga kolesterol. Setiap perisa dirumus berasingan dan hasilnya terdapat sedikit variasi dari segi kandungan proteinnya bagi setiap jenis.

BodyKey Meal Replacement Shake (Vanilla/Chocolate/Café Au Lait)Minuman Kocak Pengganti Sajian BodyKey (Vanila/Coklat/Kopi) mempunyai 25 vitamin dan mineral. Ini membekalkan tubuh anda dengan satu pertiga daripada keperluan pemakanan hariannya sambil memastikan kalori kekal rendah. Minumlah setelah selesai rutin senaman anda dari aplikasi BodyKey.

Mixed Probiotic with Chicory Root ExtractSelalu pastikan segalanya mudah semasa anda bersenam dan makan dengan betul. Ini termasuk memastikan usus anda berfungsi pada tahap optimum. Ambil Nutrilite Mixed Probiotic with Chicory Root Extract yang mengandungi 5 strain adiwira probiotik yang sampai hidup-hidup dan melekat pada usus anda untuk menghindari bakteria jahat. Ia juga mempunyai 6.3 bilion unit pembentuk koloni (CFU) untuk menguatkan sistem imun anda kerana 70% keimunan anda terletak di usus anda!

BodyKey Organic Chia Seed To GoSekiranya anda bosan kerana hanya minum air, tambahkan Biji Chia Organik BodyKey Sedia Dimakan ke dalam minuman dan bahkan makanan anda untuk sumber protein, serat dan omega-3 tambahan.

Nutrilite Mixed Fibre Chewable TabletsAkhir sekali, lengkapkan pengambilan nutrisi anda dengan Nutrilite Mixed Fiber Chewable Tablet, yang memperoleh serat daripada 13 sumber semula jadi untuk cara yang berkesan dan mudah dalam mengekalkan kesihatan pencernaan.