4 Petua untuk Mengurangkan Tekanan Mental

4 Petua untuk Mengurangkan Tekanan Mental

Tahukah anda tahu bahawa 29% rakyat Malaysia mengalami kemurungan dan keresahan pada 2017?

Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan2017 menunjukkan peningkatan ketara berbanding dengan 12% pada tahun 2011.

Adakah anda sebahagian daripada statistik ini? Adakah anda mengalami kesukaran untuk tidur walaupun sangat letih? Adakah gangguan harian menjadi halangan yang sangat besar? Adakah anda mengalami masalah untuk menumpukan perhatian dan melakukan rutin harian?

Decrease Mental StressKadangkala ia boleh ditangani dengan secawan kopi pekat namun jika ia berterusan dan berulang, jangan abaikannya! Sebagai aspek utama kesejahteraan keseluruhan anda, kesihatan mental harus dikekalkan, sama seperti diet dan senaman.

"Kesihatan mental ialah keupayaan anda untuk berfikir dan memproses maklumat dengan sempurna," kata Dr Keith Randolph, Fellow, Amway Global Discovery. "Ia memberi kesan terhadap cara anda berinteraksi dengan orang lain, membuat keputusan dan bertindak balas terhadap tekanan."

Isu kesihatan mental yang serius perlu dibincangkan dengan doktor anda tetapi ada beberapa strategi penjagaan diri yang anda boleh terus cuba.


Masuk Ke Dalam Hutan

Head for the woodsSatu kajian menunjukkan bahawa meluangkan masa selama 90 minit dikelilingi alam semula jadi berbanding dengan dengan suasana bandar menurunkan aktiviti otak yang berkaitan dengan kemurungan. Pertimbangkan untuk mengunjungi taman di kejiranan anda, pergi ke pantai atau merancang aktiviti berkhemah. (Kajian menunjukkan bahawa merancang percutian memberi anda rangsangan kerana ia menawarkan sesuatu untuk dinantikan!)


Buat Catatan

Write it outMenulis buah fikiran anda di atas kertas ialah alat yang berkuasa. Anda boleh meluahkan perasaan yang mengganggu anda tetapi juga mengingatkan diri anda tentang perkara-perkara yang membahagiakan anda iaitu perkara yang anda syukuri atau pencapaian peribadi.


Senyum Dan Ketawa

Smile and laughWalaupun anda tidak rasa mahu senyum, senyum boleh menurunkan kadar denyut jantung anda dan mempunyai kesan yang menenangkan. Selain itu, ketawa membantu mengurangkan keresahan, jadi jangan terasa bersalah untuk menonton video lucu terbaru yang dikongsi di media sosial!


Uruskan tekanan

Manage stressMandi air hangat, senaman atau merangsang sisi seni anda dengan melukis atau mewarna ialah cara untuk melegakan tekanan.



Rujukan

  • http://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mental-illness/basics/symptoms/con-20033813
  • http://www.who.int/features/factfiles/mental_health/en/
  • http://www.who.int/about/mission/en/
  • http://news.stanford.edu/2015/06/30/hiking-mental-health-063015/
  • http://www.mentalhealthamerica.net/31-tips-boost-your-mental-health