NutriCert ialah program pensijilan pertanian eksklusif bagi memastikan kesemua ladang rakan kongsi kami ini memenuhi standard kualiti yang sama yang kami patuhi di ladang-ladang kami sendiri.  

Setiap ladang yang membekalkan botani dan tumbuhan yang digunakan di dalam produk Nutrilite mesti memenuhi standard kualiti NutriCert kami yang ketat untuk ketulenan, keselamatan dan kemujaraban. Malah, Nutrilite melampaui standard industri dalam mendapatkan bahan, kawalan kualiti dan amalan lestari. 

Menerusi program NutriCert, kami mengawal seluruh proses, dari biji benih hingga ke suplemen, memastikan hanya bahan berkualiti paling tinggi dimasukkan ke dalam produk Nutrilite. 

Disahkan halal

nutrilite-best-of-nature-halal-certification.png

Produk Nutrilite disahkan halal oleh Majlis Makanan Islam dan Pemakanan Amerika (IFANCA).