MENGAPA FITONUTRIEN?

PHYTO – perkataan Greek untuk “Tumbuhan”
NUTRIENTS – Bahan-bahan yang menampung kehidupan

Tidak seperti vitamin dan mineral, fitonutrien tidak penting untuk memastikan kita terus hidup. Namun, mengambil jumlah fitonutnutrien yang dikehendaki dengan secukupnya menerusi makanan atau suplemen akan membantu tubuh kita berfungsi pada tahap optimum.

MERAPATKAN JURANG NUTRISI

MERAPATKAN JURANG NUTRISI

Apabila anda tidak boleh makan jumlah atau pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran dari aneka warna yang disyorkan setiap hari, kami boleh merapatkan jurang nutrisi itu dengan suplemen diet berasaskan tumbuhan  yang mengandungi fitonutrien.

KUASA FITONUTRIEN

KUASA FITONUTRIEN

Fitonutrien atau nutrien tumbuhan – yang didapati dalam pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni – membantu melindungi tumbuhan daripada tekanan fizikal dan pengoksidaan. Dalam diet harian kita, fitonutrien membekalkan pelbagai manfaat kesihatan dari menggalakkan kesihatan mata, tulang dan jantung, hingga menyokong sistem imun dan fungsi otak kita. Dengan memakan pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran berwarna-warni, kita boleh melindungi dan mengekalkan kesihatan.

Klik untuk Tonton

5 WARNA SEHARI ADALAH CARA YANG OPTIMUM


  • Kesihatan Otak
    Kesihatan Otak
  • Kesihatan Daya Penglihatan
    Kesihatan Daya Penglihatan
  • Kesihatan Jantung
    Kesihatan Jantung
  • Kesihatan Selular
    Kesihatan Selular
  • Kesihatan Tulang + Sendi
    Kesihatan Tulang + Sendi
  • Kesihatan Otak

    Kesihatan Otak

    FITONUTRIEN UTAMA

    Buah-buahan dan sayur-sayuran ungu mengandungi fitonutrien kuersetin, resveratrol, asid elagik dan banyak lagi jenis antosianidin dan prosianidin yang berbeza.

    APA YANG PERLU DIMAKAN

    Anggur, beri biru, boysenberi, terung, keledek ungu, pelam, bit dan beri hitam.

  • Kesihatan Daya Penglihatan

    Kesihatan Daya Penglihatan

    FITONUTRIEN UTAMA

    Buah-buahan dan sayur-sayuran oren dan kuning mengandungi fitonutrien beta karotena, alfa karotena, beta-kriptoxantin, lutein, zeaxantin, kuersetin dan hesperidin.

    APA YANG PERLU DIMAKAN

    Nanas, lemon, buah markisa, oren, tembikai wangi, karot, aprikot, keledek, tangerin, labu squash, betik dan jagung.

  • Kesihatan Jantung

    Kesihatan Jantung

    FITONUTRIEN UTAMA

    Buah-buahan dan sayur-sayuran merah mengandungi fitonutrien likopena, antosianidin, proantosianidin, beta karotena dan asid elagik.

    APA YANG PERLU DIMAKAN

    Epal, kranberi, tembikai, limau gedang merah jambu, jambu batu, delima, lobak putih, raspberi, strawberi, ceri dan tomato.

  • Kesihatan Selular

    Kesihatan Selular

    FITONUTRIEN UTAMA

    Buah-buahan dan sayur-sayuran hijau mengandungi fitonutrien isotiosianat, lutein, zeaxantin, isoflavon, dan EGCG serta banyak lagi.

    APA YANG PERLU DIMAKAN

    Kubis daun, kai lan, bayam, lada benggala hijau, selada air, zukini, brokoli, kubis brussels, kacang hijau, kacang soya dan teh hijau.

  • Kesihatan Tulang + Sendi

    Kesihatan Tulang + Sendi

    FITONUTRIEN UTAMA

    Buah-buahan dan sayur-sayuran putih mengandungi fitonutrien EGCG, alisin, isotiosianat, kuersetin dan antosianidin.

    APA YANG PERLU DIMAKAN

    Lobak turnip, bawang, cendawan, lobak kuda, kacang ginjal putih, parsnip, bawang putih, bunga kubis, kacang pis mata hitam dan pir.