Mengapa Kita Perlukan Protein?

Apa itu Protein?

Apa itu Protein?

Protein terdapat di seluruh tubuh dan ia sebahagian daripada setiap sel dalam tubuh anda. Pembinaan tisu merupakan fungsi utama protein. Protein merupakan komponen struktur utama semua sel: kulit, rambut, kuku dan tulang. Ia bahan mentah yang diperlukan untuk tubuh anda menghasilkan enzim yang penting untuk fungsi tubuh, dari pencernaan hingga pembiakan. Protein penting dalam penghasilan neurotransmiter yang mempengaruhi otak dan tubuh anda. Protein juga salah satu bahan asas yang diperlukan oleh sistem imun.

Tubuh manusia mengandungi lebih daripada 100,000 protein yang berbeza. Tubuh kita tidak boleh menghasilkan protein, ia mesti diambil setiap hari dalam kuantiti yang mencukupi untuk mengganti protein yang hilang setiap hari. 

Protein boleh didapati dalam daging, ikan, telur, ayam itik dan produk tenusu dan semuanya merupakan sumber protein lengkap yang membekalkan semua asid amino perlu. Protein juga boleh didapati dalam sayur-sayuran, kekacang dan biji-bijian yang dikelaskan sebagai protein tak lengkap yang tidak mengandungi semua asid amino perlu.

Siapa Perlukan Protein?

Kanak-kanak

Untuk tumbesaran dan perkembangan

Tempoh pembentukan sejak lahir hingga peringkat kanak-kanak menjadi asas kepada kesihatan mental dan fizikal kanak-kanak. Itulah sebabnya anda memerlukan sumber protein yang boleh dipercayai untuk memastikan asas kesihatan anak-anak anda kekal kukuh di sepanjang tahun-tahun tumbesaran dan perkembangan mereka. Dengan sumber protein yang tepat, anak-anak anda akan memperoleh khasiat penting untuk membentuk sistem imun dan otot yang kuat kerana nutrien membina dan membaiki tisu termasuk mengawal atur fungsi tubuh.

Penuaan yang Sihat

Untuk kecergasan, tenaga dan kesejahteraan umum yang dipertingkatkan.

Kita semua ingin menikmati proses penuaan yang sihat. Untuk itu, anda perlu makan jumlah protein yang tepat. Pengambilan protein mempengaruhi kecergasan dan tumpuan kerana nutrien ini diubah menjadi sumber tenaga harian anda. Protein juga meningkatkan sistem imun, menggantikan sel yang rosak dan meningkatkan kekuatan otot anda untuk memastikan anda menempuh hari anda, melakukan perkara yang anda gemari dengan penuh tenaga dan bersemangat.

Kecantikan

Untuk kulit yang kelihatan sihat

Usia dan jantina bukan penghalang untuk ingin kelihatan cantik. Kunci kepada kulit yang lembut dan berseri terletak pada kolagen yang diperbuat daripada protein berserat. Malah, kolagen terdiri daripada 30% jumlah protein tubuh! Ia menyatukan pelbagai organ dan sel tisu, menambah baik keanjalan dan menguatkan kulit. Protein juga perlu untuk pembentukan tisu baru serta pembaikan dan penjanaan semula tisu untuk memastikan penyelenggaraan saluran darah, tulang dan gigi yang sihat. Dengan sumber protein yang tepat, anda boleh mengekalkan kecantikan dan keremajaan anda.

TANDA AMARAN yang menunjukkan anda tidak mendapat protein yang cukup:

1. Rambut gugur dan kuku rapuh

Apabila anda tidak mendapat protein yang cukup, tubuh anda memasuki mod penjimatan. Antaranya, ia berhenti menggunakan protein dalam penghasilan rambut dan kuku.

2. Keletihan dan lesu

Rasa kurang bertenaga, tidur terlalu banyak dan secara umumnya raya tidak bermaya dan letih ialah tanda-tanda anda perlu merangsang tahap protein anda.

3. Kulit kendur dan berkedut

Kulit kita memerlukan asid amino untuk menjana protein struktur yang dipanggil kolagen. Jika tidak makan protein, kita tidak boleh menghasilkan kolagen. Protein ini adalah salah satu bentuk protein yang paling penting dalam tubuh kita. Ia bertanggungjawab menjadikan kulit kita anjal dan kuat. Kolagen juga bertindak seperti ‘simen’ yang menyatukan kulit kita.

4. Otot-otot menggeleber

Jika tubuh tidak mempunyai bekalan protein yang mencukupi, ia tidak boleh membina dan mengekalkan tisu-tisu otot dengan betul. Di samping itu, protein disimpan dalam otot dan akan digunakan oleh tubuh jika berlaku kekurangan.

5. Lambat pulih daripada kecederaan

Jika anda cedera dan mengalami kekurangan protein, tubuh anda akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sembuh.

6. Imunasi yang lemah

Protein ialah kunci kepada sistem imunasi yang kuat. Ia asas kepada sel darah merah, sel darah putih dan antibodi, semuanya bertindak bersama-sama untuk melindungi tubuh anda daripada bakteria, virus dan patogen lain.


BELI SEKARANG


  • Minuman Protein Soya Nutrilite (450g)
    Minuman Protein Soya Nutrilite (450g)

    Minuman Protein Soya Nutrilite adalah sumber protein sempurna untuk diet anda. Minuman Protein Soya adalah rendah lemak dan tanpa kolesterol. Ia cara yang sesuai untuk mendapatkan protein harian anda dari sumber semula jadi tanpa kesan sampingan protein haiwan.

    Beli Sekarang
    Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Coklat) 500g
    Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Coklat) 500g

    Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Coklat) adalah cara yang betul untuk memperisakan diet anda dengan protein. Rendah kandungan lemak, campuran minuman ini sungguh enak dengan kuasa coklatnya!

    Beli Sekarang
    Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Beri Campuran) 500g
    Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Beri Campuran) 500g

    Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Beri Campuran) adalah cara yang betul untuk memperisakan diet anda dengan protein. Rendah kandungan lemak, campuran minuman ini sungguh enak dengan buah beri yang berkuasa!

    Beli Sekarang
    Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Teh Hijau) 450g
    Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Teh Hijau) 450g

    Minuman Campuran Protein Soya Nutrilite (Perisa Teh Hijau) adalah cara yang betul untuk memperisakan diet anda dengan protein. Rendah kandungan lemak, campuran minuman ini sungguh enak dengan teh hijau yang berkuasa!

    Beli Sekarang