Asid Lemak Omega-3

Apa itu asid lemak Omega-3?

Apa itu asid lemak Omega-3?

Asid lemak Omega-3 ialah nutrien penting yang diperlukan oleh tubuh untuk berfungsi. Namun begitu, oleh sebab nutrien tersebut tidak boleh dihasilkan oleh tubuh, penyelesaiannya ialah memastikan anda menyertakan makanan yang kaya dengan omega-3 dalam diet anda atau mengambil suplemen minyak ikan. Walau apa pun pilihan anda, anda perlu faham memahami cara tubuh anda memproses bentuk omega-3 yang berbeza-beza serta memahami cara anda boleh memilih sumber yang terbaik. 

Omega-3 didatangkan dalam pelbagai bentuk dan sumber. Tiga jenis utama omega-3 ialah asid alfa linolenik (ALA), asid docosahexaenoic (DHA) dan asid eicosapentanoic (EPA):

  1. ALA terdapat dalam kebanyakan makanan tumbuhan termasuk kubis daun, bayam, kacang soya dan banyak bijian serta kekacang seperti chia, flaks, hem, kacang walnut dan badam. ALA perlu ditukar menjadi EPA atau DHA sebelum ia boleh digunakan oleh tubuh manusia.

  1. EPA dan DHA boleh didapati dalam ikan yang lemak seperti salmon, trout, tenggiri, ikan bilis dan sardin yang memakan alga mikro. Jika anda tidak makan banyak makanan tersebut, suplemen omega-3 bermanfaat untuk anda.
Adakah Anda Mendapat Asid Lemak Omega-3 yang Mencukupi?

Adakah Anda Mendapat Asid Lemak Omega-3 yang Mencukupi?

Satu kajian telah dijalankan di Malaysia yang mendapati bahawa tahap diet asid lemak omega-3 dalam kalangan pesertanya sangat rendah. Berdasarkan kajian itu, tahap asid lemak omega-3 pesertanya dilaporkan berada dalam lingkungan 0.22 – 0.28% kkal iaitu di bawah julat yang disyorkan di Malaysia iaitu 0.301-1.20% kkal.

MENGAPA OMEGA-3?

Kaya dengan ciri-ciri antiradang, omega-3 menyumbang kepada manfaat kesihatan yang penting seperti:


  • Menyokong Kesihatan Penglihatan
  • Menggalakkan Kefleksibelan Sendi
  • Membantu Pengurusan Berat Badan
  • Menyokong Kesihatan Otak
  • Menggalakkan Kesihatan Jantung
  • Menyokong Kesihatan Penglihatan

    Menyokong Kesihatan Penglihatan

    -          Asid lemak Omega-3 memainkan peranan penting dalam memastikan fungsi mata yang normal dan ketajaman penglihatan. 

  • Menggalakkan Kefleksibelan Sendi

    Menggalakkan Kefleksibelan Sendi

    Kajian mendapati bahawa asid lemak omega-3 membantu mengurangkan simptom artritis reumatoid (RA), termasuk sakit sendi dan kekejangan pada waktu pagi.

  • Membantu Pengurusan Berat Badan

    Membantu Pengurusan Berat Badan

    Tahap asid lemak omega-6 yang tinggi dan nisbah omega-6 dan omega-3 yang tinggi dalam tubuh dikaitkan dengan peningkatan berat badan. Untuk mencegahnya dan mengekalkan berat badan sihat, adalah penting untuk mempunyai nisbah asid lemak omega-6 dan omega-3 yang seimbang. 

  • Menyokong Kesihatan Otak

    Menyokong Kesihatan Otak

    Bukti menunjukkan bahawa pengambilan asid lemak omega-3 penting untuk fungsi kognitif (ingatan dan prestasi) dan fungsi tingkah laku.

  • Menggalakkan Kesihatan Jantung

    Menggalakkan Kesihatan Jantung

    Pengambilan asid lemak omega-3 secara tetap sering dikaitkan dengan penambahbaikan fungsi kardiovaskular, membantu mengurangkan tahap trigliserida, membaiki profil kolesterol darah dan mengekalkan tekanan darah yang sihat.  

BELI SEKARANG


  • NUTRILITE SALMON OMEGA COMPLEX (120 GEL LEMBUT)
    NUTRILITE SALMON OMEGA COMPLEX (120 GEL LEMBUT)

    Nutrilite Salmon Omega Complex ialah suplemen berkualiti tinggi yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang menyokong fungsi tubuh. Formula ini mengandungi omega-3 daripada salmon yang diternak di perairan lautan yang bersih lagi sejuk dengan ikan-ikan lain (bilis dan sardin) dari Lautan Pasifik. | Ini adalah iklan produk suplemen. | KKLIU2889/EXP 31.12.2025

    Beli Sekarang
    NUTRILITE SALMON OMEGA COMPLEX (60 GEL LEMBUT)
    NUTRILITE SALMON OMEGA COMPLEX (60 GEL LEMBUT)

    Nutrilite Salmon Omega Complex ialah suplemen berkualiti tinggi yang kaya dengan asid lemak omega-3 yang menyokong fungsi tubuh. Formula ini mengandungi omega-3 daripada salmon yang diternak di perairan lautan yang bersih lagi sejuk dengan ikan-ikan lain (bilis dan sardin) dari Lautan Pasifik. | Ini adalah iklan produk suplemen. | KKLIU2889/EXP 31.12.2025

    Beli Sekarang